August 21, 2011

Pelik betul

Apsal terawikh malam ni asyik tanya mak je.
"mak, sekarang rakaat ke berapa?"
"mak, dah 2x menguap ni."

soalan paling pelik penah aku tanya,
"mak, terawikh 21, witir 3, jadi 24 la kan, mak?"  

rasa biol la otak malam ni. ok bai.

Tarawikh : Nak tegur sikitlah

Alhamdulillah aku masih jumpa Ramadhan tahun ni. Amalan kenalah tambah dari tahun-tahun lepas. umur dah makin tua. entah jumpa entah tidak Ramadhan tahun depan. Hanya Allah swt je yang tahu. Tarawikh tak penuh lagi. ^___^ kurang-kurang ade la jugak kan dari takde. :p

Tiap-tiap tahun pegi tarawikh. Keadaan jemaah perempuan tetap sama. Datang masjid. Amik sejadah seorang satu. Solat pun atas sejadah masing-masing. Biar selesa. Jarak antara jemaah pun regang-reganglah. Walhal ... dalam Hadis Baginda SAW :

Maksudnya: Daripada Ibnu Umar r.a berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: “Hendaklah kamu luruskan saf, maka sesungguhnya buatlah saf seumpama saf para Malaikat, samakan di antara tumit-tumit kamu dan penuhi ruang-ruang kosong, lemah lembut dengan tangan saudara kamu, jangan biarkan ruang-ruang kosong untuk dipenuhi oleh syaitan, siapa yang menyambung (merapatkan) saf, maka Allah akan menyambungkannya, dan siapa yang memutuskan saf, maka Allah akan memutuskannya.” (Riwayat Ahmad, an-Nasaie, Abu Daud dan Hakim)

Dari Aisyah, dari Rasulullah s.a.w , sabdanya “ Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya mendoakan orang-orang yang merapatkan barisan-barisannya dalam solat ,”

 Kita bukan tak nak tegur, tapi orang muda tegur orang tua amatlah pelik di kalangan orang kita kan. Nanti cakap kita itu ini. Tapi ada yang dah Hajjah pun. Mestilah tahu hukum hakam adat waktu berjemaah. Disebut beberapa  riwayat yang kita sendiri ada yang sedia maklum :-
Saf yang rapat tidak dimasukki syaitan, (walaupun syaitan itu jisim halus dan boleh memasukkinya melalui celah betis). Begitu juga rumah yang dibaca Bismillah sebelum ditutup pintu (walaupun syaitan boleh masuk melalui lubang, ia tidak masuk), atau makanan yang ditutup dan dibaca Bismillah.
Kalaulah  orang kampung aku dapat baca post ni kan senang. Jadi sama-samalah kita renung-renungkan.  Moga Allah swt terima solat-solat kita kali ni, sebelumnya dan seterus-terusnya. Amin Ya Rabbal Alamin. Aku sekadar ingat mengingati.Yang baik datangnya dari Allah.

Selamat Menyambut Bulan Syawal yang akan datang :)




August 17, 2011

Website paling berbahaya di dunia

Dulu kalau nk surf internet, kat mana-mana pun boleh tanpa ragu-ragu. free wi-fi mekdi, hotel, walhal rumah sendiri pun rilex je surfing kan. tapi sekarang teknologi dah menerajui segala-galanya. virus ngn aktiviti penggodaman makin besepah-sepah. bila dah jadi macam ni, makin banyak la orang takot nak online/bukak web sesuka hati. pasang security kuat-kuat. beli antivirus mahei2. tapi apa guna semua tu kalau anda sendiri tak mencegahnya :) so, berhati-hatilah dalam membrowsing site-site tertentu yang belum jelas. Kita tak pasti isi dalam site tu ada virus yang berbahaya yg merugikan kita sendiri. Check it out website yang paling berbahaya  dan boleh menyebabkan pc/hp anda rosak. :-

  1. 17ebook.com
  2. aladel.net
  3. bpwhamburgorchardpark.org
  4. clicnews.com
  5. dfwdiesel.net
  6. divineenterprises.net
  7. fantasticsfilms.ru
  8. gardensrestaurantandcatering.com
  9. ginedis.com
  10. gncr.org
  11. hdvideoforums.org
  12. hihanin.com
  13. kingfamilyphotoalbum.com
  14. likaraoke.com
  15. mactep.org
  16. magic4you.nu
  17. marbling.pe
  18. krnacjalneg.info
  19. pronline.ru
  20. purplehoodie.com
  21. qsng.cn
  22. seksburada.net
  23. sportsmansclub.net
  24. stock888.cn
  25. tathli.com
  26. teamclouds.com
  27. texaswhitetailfever.com
  28. wadefamilytree.org
  29. xnescat.info
  30. yt118.com
WARNING: jangan cecuba buka site tanpa menggunakan antivirus khusus buat browser!

credit: 15meh.blogspot.com